Sijil
- menunjukkan tahap penguasaan kemahiran khusus yang relevan dengan kerja praktikal;
- melaksanakan tugas di bawah penyeliaan dengan rasa tanggungjawab;
- bertindak dalam garis peraturan dan undang-undang keselamatan, kesihatan dan bahaya.
Diploma
Selepas menamatkan kursus pengajian ini, lulusan seharusnya telah menambah dan mengukuhkan kompetensi mereka daya cara:
- menggunakan prinsip,teknik dan kemahiran kreatif yang perlu untuk seseorang pelukis atau dan pereka, serta dapat menggunakan bahan-bahan dan peralatan dengan berkesan;
- membantu dalam melaksanakan penghasilan seni reka;
- menggunakan kemahiran komunikasi yang wajar secara berkesan.
Ijazah Sarjana Muda
Selepas berjaya menamatkan kursus pengajian, pelajar dapat memperlihatkan:
- kebolehan untuk mengambil satu-satu kursus pengajian seni lukis dan seni reka yang progresif melalui menggambarkan, mencadangkan, merundingkan, melaksanakan dan menilai dalam konteks pengalaman pembelajaran;
- kebolehan untuk menggunakan kemahiran kreatif praktikal dan profesional yang diperoleh dalam penzahiran dan pembentangan hasil kreatif;
- kemampuan untuk pemahaman dan refleksi secara kritikal dalam seni lukis dan seni reka yang diperoleh dengan pembelajaran kritikal dan konstektual;
- kemampuan untuk mengenal pasti, menganalisis dan menyelesaikan hubungan teori dan praktikal;
- kemampuan untuk berkomunikasi dan menyampaikan idea reka bentuk mereka dan membuat penilaian estetik berkaitan amalan mereka dan orang lain;
- kemampuan untuk menjadualkan kerja dengan kesedaran dan integeriti sosial yang mematuhi kod profesional dan etika seni reka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan