Selasa, 27 Mei 2014

Apakah cabaran seni lukis dan seni reka dalam bidang pendidikan?


· Seni lukis dan seni reka memainkan peranan penting dalam masyarakat kita,terutama peranannya yang semakin berkembang dalam dunia komersil di mana bidang kreatif menjadi semakin mencabar.

· Pembangunan dalam industri seni lukis dan seni reka seperti grafik, seni reka dalaman dan fesyen dipandu oleh industri dan, seharusnya, boleh terangkum dalam konteks sosial, ekonomi dan budaya.

· Pereka dan pelukis berhadapan dengan perubahan keperluan dari persekitaran pasaran dan teknologi maklumat.

· Pereka dan pelukis hari ini dan masa depan perlu berkemampuan menjana idea kreatif dan inovatif untuk memenuhi permintaan masyarakat.

· Memandangkan teknologi dan media berkembang secara berterusan, graduan seni lukis dan seni reka perlu dilengkapkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang seni lukis dan seni reka untuk lebih cekap dalam tugasan mereka.

· Oleh itu, pendidikan seni lukis dan seni reka perlu memasukkan pelbagai aspek pengkhususan di samping menekankan ekspresi kemahiran seni reka dan berkomunikasi.

· Telah menjadi matlamat kursus pengajian ini untuk melengkapi graduan seni lukis dan seni reka dengan kemahiran kritikal, analitikal dan kreatif bagi menghadapi cabaran dunia yang pesat berubah.

· Amalan seni lukis dan seni reka dalam makna yang lebih luas turut memerlukan lulusan memaksimumkan potensi mereka dan membangunkan kekuatan individu sepenuhnya.


Seni Kraf Tekstil


Batik, songket, tenun Pahang Diraja,pua dan dastar antara kraf tekstil tempatan yang banyak menyimpan pelbagai kisah dan lagenda. Tekstil warisan ini terus berkembang dan turut mengalami perubahan terutama pada teknik pembuatan, reka corak, warna dan penggunaan bahan. Hasil kajian dan penyelidikan yang dilakukan secara berterusan, kraf tekstil yang unik dan beridentiti sendiri mula menjadi pilihan pereka fesyen tempatan dan dari luar negara. Adunan warna dan reka corak menarik pada batik sesuai dijadikan pakaian santai, kasual ataupun pakaian petang yang anggun dan eksklusif. Kehalusan songket serta kain tenun Pahang Diraja terus meletakkan kedua-dua kraf tekstil ini sebagai warisan agong kebanggaan bangsa. Setiap helai pua dan dastar yang ditenun pula mempunyai pelbagai mitos dan lagendanya sendiri.

Apakah objektif seni lukis dan seni reka dalam bidang pengajian?

Di akhir setiap tahap lulusan akan berupaya untuk:

Sijil
  1. menunjukkan tahap penguasaan kemahiran khusus yang relevan dengan kerja praktikal;
  2. melaksanakan tugas di bawah penyeliaan dengan rasa tanggungjawab;
  3. bertindak dalam garis peraturan dan undang-undang keselamatan, kesihatan dan bahaya.

Diploma
Selepas menamatkan kursus pengajian ini, lulusan seharusnya telah menambah dan mengukuhkan kompetensi mereka daya cara:
  1. menggunakan prinsip,teknik dan kemahiran kreatif yang perlu untuk seseorang pelukis atau dan pereka, serta dapat menggunakan bahan-bahan dan peralatan dengan berkesan;
  2. membantu dalam melaksanakan penghasilan seni reka;
  3. menggunakan kemahiran komunikasi yang wajar secara berkesan.

Ijazah Sarjana Muda
Selepas berjaya menamatkan kursus pengajian, pelajar dapat memperlihatkan:

  1. kebolehan untuk mengambil satu-satu kursus pengajian seni lukis dan seni reka yang progresif melalui menggambarkan, mencadangkan, merundingkan, melaksanakan dan menilai dalam konteks pengalaman pembelajaran;
  2. kebolehan untuk menggunakan kemahiran kreatif praktikal dan profesional yang diperoleh dalam penzahiran dan pembentangan hasil kreatif;
  3. kemampuan untuk pemahaman dan refleksi secara kritikal dalam seni lukis dan seni reka yang diperoleh dengan pembelajaran kritikal dan konstektual;
  4. kemampuan untuk mengenal pasti, menganalisis dan menyelesaikan hubungan teori dan praktikal;
  5. kemampuan untuk berkomunikasi dan menyampaikan idea reka bentuk mereka dan membuat penilaian estetik berkaitan amalan mereka dan orang lain;
  6. kemampuan untuk menjadualkan kerja dengan kesedaran dan integeriti sosial yang mematuhi kod profesional dan etika seni reka.